JaM

ASSALAMUALAIKUM WBT

CdiQ™

CdiQ™

Selasa, 17 Mei 2011

hayati dan sama-sama kita ambil pengajaran..


Assalamualaikum wbt.....
apa khabar iman kita hari ini?? penulisan kali ini ana nak kongsikan sesuatu yang boleh sama-sama kita ambil pengajaran dalam melayari kehidupan ini....insyaALLAH..
 Kesaksian iblis daripada Muaz Bin Jabal bin Ibnu Abbas
“Sewaktu para sahabat  sedang bersama Rasulullah S.A.W di kediaman  seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan  seseorang dari luar rumah, “ Wahai penghuni rumah  bolehkah aku masuk?Sebab kalian memerlukan aku!
 Rasulullah berkata, “Tahukah kalian  siapa yang memanggil?”Sahabat menjawab,  “ALLAH dan RasulNYA yang lebih tahu”. Beliau melanjutkan, “itu iblis, laknat ALLAH bersamanya”.
Umar Al-Khattab berkata, “izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah”. Nabi menahannya. “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu ALLAH memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak dia katakan dan dengarkan dengan baik”.
 Ibnu Abbas berkata, “lalu pintu dibuka, ternyata dia seorang lelaki yang cacat sebelah matanya.  Pada janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya  terlihat seperti taring babi,  bibirnya seperti bibir lembu.” Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin.”. Rasulullah menjawab, “ Salam hanya milik ALLAH. Sebagai makhluk terlaknat apa keperluanmu?” Iblis menjawab, “ Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.” “Siapa yang memaksamu?” Seorang malaikat  utusan ALLAH mendatangiku dan berkata. “ ALLAH memerintahkanmu bagi mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri.”
“Beritahu Muhammad tentang caramu menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran ALLAH, andai kamu berdusta satu kali sahaja, maka ALLAH akan jadikan dirimu debu yabg ditiup  angin.”
“Oleh kerana itu, aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kamu tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”


Orang yang dibenci Iblis
Rasulullah bertanya kepada Iblis, “ Jika kamu benar jujur, siapakah manusia yang paling kamu benci?”
Iblis segera menjawab, “ Kamu... kamu dan orang sepertimu adalah makhluk ALLAH yang palin aku benci.”
“Siapa selanjutnya?” tanya Rasulullah.
“Pemuda yang bertaqwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada ALLAH.”
“Lalu siapa lagi?”
“Orang alim dan warak.”
“Lalu siapa lagi?”
“ Orang yang selalu bersuci.”
“Siapa lagi?”
“ Seorang fakir yang sabar dan pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain.”
“Apa tanda kesabarannya?”
“ Wahai Muhammad , jika ia mengeluh  kesulitannya kepada orang lain selama tiga hari, ALLAH akan  memberi pahala orang-orang yang bersabar.”
“Selanjutnya apa?”
“ Orang kaya yang bersyukur.”
“ Apa tanda kesyukurannya?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya.”
“Orang seperti Abu Bakar apa menurutmu?”
 “Dia tidak pernah menurutiku pada masa jahiliah, apalagi dalam Islam.”
“ Umar Al-Khattab?”
“Demi ALLAH setiap kali berjumpa dengannya, aku pasti malu!”
 “Usman Bin Affan?”
“Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”
“ Ali bin Abi Talib?”
“ Aku berharap daripadanya supaya kepalaku selamat dan berharap dia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi  dia tidak akan mahu melakukan itu.”( Ali Bin Abi Thalib selalu berzikir kepada ALLAH)

Amalan yang  dapat menyakiti Iblis
“ Apa  yang kamu rasakan jika kamu melihat seseorang  daripada umatku  yang mahu solat?”
“Aku merasa panas dingin dan gementar.”
“Kenapa?”
“ Sebab, setiap seorang hamba bersujud sekali kepada ALLAH , ALLAH akan mengangkatnya satu darjat.”
“Jika seseorang umatku berpuasa?”
“Tubuhku  terasa terikat sehingga  ia berbuka.”
“Jika ia berhaji?”
“Aku seperti orang gila.”
“Jika ia membaca al-quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.”
“Jika ia bersedekah?”
“ Itu sama sahaja orang itu membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa begitu?”
“Sebab, dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhindar daripada dirinya.”
“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
“Suara kuda perang di jalan ALLAH.”
“ Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
“Taubat orang yang bertaubat.”
“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar pada siang dan malam.”
“ Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
“Sedekah yang diam-diam.”
“Apa yang dapat menusuk matamu?”
“Solat Fajar.”
“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Solat berjemaah.”
“Apa  yang paling mengganggumu?”
“Majlis para Ulama.”
“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”
“Di manakah kamu menaungi  anak-anakmu pada musim panas?”
“Di bawah kuku manusia.”





Manusia yang menjadi teman Iblis
Nabi Muhammad bertanya, “ Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba.”
“Siapa sahabatmu?”
“Penzina.”
“ Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk.”
“ Siapa tamumu.”
“Pencuri.”
“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir.”
“Apa yang membuatmu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai.”
“Siapa kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan solat Jumaat.”
“Siapa manusia yang membahagiakanmu?”
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”

Iblis berdaya di hadapan orang yang ikhlas.
Rasulullah berkata segala puji bagi ALLAH yang membahagiakan umatku dan menyengsarakan umatmu!
Iblis segera menimpali, “Tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kamu berbahagia dengan umatmu, sementara aku dapat masuk ke dalam aliran darah mereka  dan mereka tidak dapat melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan  memberikanku  kesempatan hingga ke akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan salih, kecuali hamba yang ikhlas.”
“ Siapa orang yang ikhlas menurutmu?”
“Tidakkah kamu tahu wahai Muhammad  barang siapa yang menyukai emas dan perak , dia bukanlah orang yang ikhlas . Jika kamu melihat  seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham , tidak suka pujian dan sanjungan , aku pasti dia orang yang ikhlas , maka aku meninggalkannya. Selama seseorang hamba masih menyukai harta  dan sanjungan. Hatinya selalu terikat dengan dengan kesenangan dunia , dia sangat patuh kepadaku.”

Iblis dibantu oeh 70,000 anak-anaknya.
“ Tahukah kamu  Muhammad, aku mempunyai 70,000  anak. Dan setiap anak mempunyai 70,000 syaitan. . Sebahagian  ada yang aku tugaskan bagi mengganggu ulamak. Sebahagian bagi mengganggu anak-anak muda, sebahagian bagi mengganggu orang- orang tua, sebahagian bagi mengganggu wanita-wanita tua dan sebahagian anak-anakku  juga kau tugaskan  kepada para zahid.
 Aku punya anak yang suka mengencingi  telinga manusia sehinggakan  mereka tertidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah. Aku punya anak  yang suka menabur sesuatu di mata orang yang sedang  mendengarkan ceramah  ulama hingga  mereka tertidur dan pahalanya terhapus. Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia.Jika seseorang melakukan kebajikan lalu dia ceritakan kepada manusia , maka 99 peratusnya  pahalanya akan terhapus. Pada setiap wanita yang berjalan , anakku  dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya  supaya setiap orang memandanginya.
 Syaitan juga berkata, “Keluarkan tanganmu”  lalu dia mengeluarkan tangannya. Syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka anak-anakku selalu menyusup dan berubah  daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain , dari satu pintu  ke pintu yang lain  bagi  menggoda manusia sehinggakan  mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah ALLAH  tanpa ikhlas,  namun mereka tidak merasa.  Tahukah kamu  Muhammad ada ratib  yang beribadat kepada ALLAH selama 70 tahun . Setiap orang yang sakit didoakannya sembuh  seketika. Aku terus menggodanya  sehingga dia berzina , membunuh dan kufur.

Cara Iblis menggoda
Tahukah kamu Muhammad, dusta berasal daripada diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta . Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta , dia kekasihku . Tahukah kamu Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa  dengan nama ALLAH  bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Gosip dan adu domba  adalah kesenanganku. Kesaksian palsu adalah kegembiraanku.
Orang yang bersumpah bagi menceraikan isterinya , dia berada di pinggir dosa  walau hanya sekali  dan walaupun ia benar.  Sebab barangsiapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya haram baginya. Kemudian dia akan beranak  cucu hingga ke hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina  dan dia masuk neraka hanya  kerana satu kalimat iaitu cerai.
Wahai Muhammad umatmu ada yang suka mengambil lewa tentang solat . Setiap kali dia berdiri untuk solat , aku bisikkan padanya waktu masih lama , kamu masih sibuk, lalu dia menundanya  sehingga dia melaksanakan solat di luar  waktu, maka solat itu dipukulkan ke mukanya.
 Jika dia berhasil mengalahkanku  aku biarkan dia solat. Namun, aku bisikkan ke telinganya  supaya lihat kiri dan kananmu, dia pun menoleh. Pada  saat itu aku usap dengan tanganku  dan aku cium keningnya  serta aku katakan solatmu tidak sah.  Bukankah kamu tahu Muhammad , oarng yang banyak menoleh dalam solatnya  akan dipukul.
 Jika dia solat bersendirian aku suruh dia solat dalam keadaan yang bergegas . Dia pun solat seperti ayam  sedang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku  dan dia solat berjemaah , aku ikat lehernya dengan tali sehingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam  atau  meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa  melakukan itu boleh membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah  menjadi wajah keldai.
Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya  hingga dia menguap dalam solat.  Jika dia tidak menutup mulutnya  ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya  dan membuatnya menjadi bertambah  serakah dan gila dunia.  Dan dia pun semakin taat kepadaku.
 Kebahagian apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan  orang miskin  supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, “Kamu tidak wajib solat , solat hanya wajib  untuk orang yang bercukupan  dan sihat.  Orang sakit  dan miskin tidak diwajibkan solat. Jika kehidupanmu berubah barulah kamu solat.”. Dia pun mati dalam keadaan kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat , maka ALLAH akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta  ALLAH kan menjadikanku debu. Wahai Muhammad apakah kamu  akan bergembira dengan umatmu padahal aku  mengeluarkan satu per enam  mereka daripada Islam?”

10 permintaan Iblis kepada ALLAH
 “Berapa yang kamu minta kepada Tuhanmu?”
 “10 perkara.”
“ Apa dia?”
“ Aku minta supaya ALLAH membiarkanku berbahagi harta dan anak manusia, ALLAH mengizinkan . ALLAH berkata, “ Berbahagialah dengan manusia  dalam harta dan anak . Dan janjikankanlah mereka , tidaklah janji syaitan  kecuali hanya tipu daya.”( Surah  Al- Israj  ayat 64)
 Harta yang dizakatkan , aku makan daripadanya.  Aku juga makan daripada makanan haram  dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan daripada  makanan yang tidak dibacakan nama ALLAH.
 Aku minta  supaya ALLAH membiarkanku  ikut  bersama dengan orang berhubungan  dengan isterinya  tanpa berlindung dengan ALLAH. Maka syaitan ikut bersamanya  dan anak yang dilahirkan  akan sangat patuh kepada syaitan.
 Aku minta supaya boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan  bukan bagi tujuan yang halal. Aku minta supaya menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.
 Aku minta supaya menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta supaya menjadikan syair sebagai Al-Quranku. Aku minta supaya menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku. Aku minta supaya  ALLAH memberikanku saudara, maka Dia jadikan orang yang membelanjakan harta  bagi tujuan maksiat sebagai saudaraku. ALLAH berkata, “ Orang-orang yang boros adalah saudara syaitan.( Surah Al-Israj ayat 27)
 Wahai Muhammad, aku minta supaya ALLAH membuatkan aku  dapat   melihat manusia sementara mereka tidak dapat melihat aku.  Dan aku minta supaya ALLAH  memberiku kemampuan bagi mengalir dalam aliran darah manusia. ALLAH menjawab, “Silakan”.  Aku bangga dengan hal itu sehingga hari kiamat.  Sebahagian besar manusia bersamaku pada hari kiamat.
 Iblis berkata, “ Wahai Muhammad,aku tidak mampu menyesatkan  oarng sedikit pun,  aku hanya mampu membisikkan dan menggoda.
Jika aku mampu menyesatkan, tidak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak mampu memberi hidayah sedikit pun, kamu hanya Rasul  yang menyampaikan amanah.  Jika kamu boleh memberikan petunjuk , tidaak akan ada seorang kafir pun  di muka bumi ini. Kamu hanya boleh menjadi penyebab  untuk orang sudah ditentukan  sengsara. Orang yang bahagia adalah oarng yang ditulis  bahagia sejak dalam perut ibunya.
Rasulullah membaca ayat yang bermaksud, “ Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh ALLAH.”( Surah Hud ayat 118-119)
 Beliau juga membaca ayat yang bermaksud ,  “ Sesungguhnya ketentuan ALLAH pasti berlaku.”(Surah Al-Azhab ayat 38)
Iblis pun berkata, “Wahai Rasulullah , takdir sudah ditentukan dan pena takdir sudah kering. Maha suci ALLAH yang  menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga dan yang menjadikan aku pemimpin  makhluk-makhluk celaka  dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini pesan akhir  yang mahu aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong.”