JaM

ASSALAMUALAIKUM WBT

CdiQ™

CdiQ™

Jumaat, 4 Februari 2011

Merungkai sebuah KEHIDUPAN



ku dilema cinta ILAHI,
sentiasa mengharap maghfirahMU YA ILAHI,
yang diimpi syurga hakiki,
nanti di ukhrawi...


indahnya hidup sebagai mahasiswa,
tapi jangan lupa banyak cabarannya,
banyak juga dugaannya,
yang penting kena sentiasa berwaspada,
dan letakkan dirilah jalan-jalan taqwa,
...moga kita mendapat rahmatNYA...

kami mahasiswa pendidik,
membentuk diri dengan jiwa terdidik,
bakal menjadi pendidik,
moga anak murid kelak terdidik,
dengan ISLAM agama terdidik..

hidup ini adalah satu perjuangan,
yang tidak berkesudahan,
perlukan banyak kesabaran dan ketabahan,
dalam meniti titian ujian kehidupan,
moga kita semua berada dalam keberkatan..

sehebat manapun taufan melanda,
sentiasalah kita ingat padaNYA,
agar kita sentiasa berada di landasan AD-DINNYA,
dalam mendapatkan redhaNYA..

indahnya hidup bersyariat,
jagalah aurat,
sama-sama menjaga syariat,
moga mendapat berkat..

andai dunia ini tempat persinggahan,
marilah kita banyakkan amalan,
menjadi bekalan,
untuk menuju syurga idaman..

ingatlah seindah perhiasan dunia ialah wanita solehah,
maka,carilah cinta ALLAH,
DIA yang layak memberi hidayah,
taatilah perintah ALLAH,
mari kita sahabatku kita bermujahadah...

dalam meniti titian ujian,
aku mencari sebuah kehidupan,
hidup di dunia sebagai insan pejuang,
membawa ISLAM gemilang..

aku punya cita-cita,
mesti semua orang ada,
semua itu perlu usaha,
istiqamah dalam berdoa padaNYA,
moga tercapai apa yang kita damba...

akan ku lakar sebuah pelangi,
yang selama ini diimpi,
dalam mencari redha ILAHI,
dalam membina baitul muslim nanti....
INSYAALLAH.....

menangislah hari ini,
wadah bagi mencuci hati,
sesungguhnya air mata yang gugur nnti menjadi saksi,
di akhirat nanti..

kehidupan di dunia ini adalah penuh tipu daya,
kecantikannya membuat sesiapa sahaja terpedaya,
seandainya terleka,
maka hanyutlah di bawa di bawa dunia yang fana..

sahabat,tanya diri mu ,
apakah yang kau hendak dalam hidupmu,
tanya imanmu,
jangan kau diam membisu,
kerana ia akan membuat dirimu lesu..

ingatlah duhai sahabat,
seandainya diri mu diuji dengan uijian yang berat,
semua itu ada hikmah yang tersembunyi dan tidak terlihat,
maka,bersabarlah duhai sahabat..

sesungguhnya ujian itu adalah tarbiah dari ALLAH,
hadapilah dengan hati yang tabah,
bicaralah dengan ALLAH dengan kata bermadah,
sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGASIH..

lukisan sebuah kehidupan,
yang penuh cabaran dan dugaan,
menjanjikan sebuah kemenangan,
bagi  hamba-hambaNYA yang menghadapinya dengan penuh kesabaran..

kita hidup hanyalah sementara,
jangan goyah dengan segala harta benda,
yang hanya penuh sia-sia,
yang tidak menjanjikan apa-apa..

sesungguhnya syaitan itu tidak akan berhenti menggoda manusia,
sifatnya tidak kenal erti putus asa,
dalam menyesatkan manusia yang terleka,
maka persiapkanlah sebuah senjata,
iaitu doa...
pintahlah padaNYA ,
moga dijauhkan daripadanya,
agar iman di hati hidup sejahtera..

Sesungguhnya ALLAH akan sentiasa menguji hamba-hambaNYA,
Supaya hambaNYA sentiasa ingat padaNYA,
walau dalam keadaan susah dan payah dalam hidupnya,
ingatlah,janji ALLAH itu pasti ada,
iaitu syurga lah tempatnya ,
bagi hambaNYA yang redha dengan ketentuanNYA
dan ujian yang diberikan kepadanya...

diriku sebagai  mujahidah seri mawar,
ingin sentiasa mekar dalam jiwa yang sabar,
moga diriku tergolong dalam golongan yang benar,
ku akan sentiasa memohon sinar,
moga langkahku sentiasa di jalan yang benar..

ku akui diriku lemah lagi tidak berdaya,
tapi ku takkan berhenti memohon kekuatan dariNYA,
ku memohon rahmatNYA,
agar diriku sentiasa sabar dengan ujianNYA..

sedarlah wahai sahabatku yang ku kasihi,
suatu masa nanti kita akan mati,
dan itu adalah pasti,
maka,mari kita perbaiki diri,
selagi nafas masih diberi,
jangan pernah berhenti,
mengharap kasih ILAHI,
doaku moga-moga hidup kita semua diberkati...
WASSALAM...salam MUJAHADAH... 

Khamis, 3 Februari 2011

Kata HATIKU sebagai Musafir HAMBA






andai ku lakarkan pelangi indah,
akan ku sanggup bersusah payah,
mencari sebuah hidayah,
yang dikurniakan ALLAH,
  
andai ku mampu mencoretkan kata-kata dihati,
akan ku sulamkan tulisan dengan berhati-hati,
agar ia menjadi suatu yang bererti,
ENGKAU tau YA RABB apa hasrat dihati,
ENGKAU tau YA RABB apa yang dihajati,
Moga segalanya ENGKAU berkati,
ku memohon pada MU YA ILAHI.....

andai diri ini tak sempurna,
janganlah engkau mengata,
kerna ia mengurangkan pahala,
kita sebenarnya semua sama,
yang membezakan adalah TAKWA...

ku ingin menjadi seperti bunga mawar,
yang sentiasa mekar,
indahnya bila dilakar,
dengan hati yang mekar,
di jalan-jalan TAQWA yang berduri dan berlukar...
 
akan ku coretkan apa yg terlakar dihati,
akan ku simpan di dalam hati,
aku tak akan berhenti,
mendamba cinta ILAHI..


seandainya bisa ku balik kampung hari ini,
akan ku ceritakan apa yang terjadi,
kepada ibu ayahku yang ku kasihi,
bertapa ku merindui,
hanya ibu ayah di hati,
moga mereka diberkati....

Ku ingin menjadi seperti mujahidah silam,
yang sentiasa bangun di waktu malam,
menikmati keindahan beribadah malam,
bersama Pencipta Alam...

andai kehidupan ini sebuah titi,
akan ku lebih berhati-hati,
dalam mengejar mimpi,
yang aku ingini,
dalam hidup ini,
mendambakan kasih ILAHI

Ku tahu mujahadah itu pahit,
takkan ku berhenti bermunajat,
meminta apa yang dihajat,
moga diberi berkat,..

andai hati ini lemah,
ku memohon kekuatan YA ALLAH,
KAU yang pemberi hidayah,
padaMU ku meminta YA ILAHI..

iman itu terletaknya di dalam hati yang suci,
yang sentiasa mendambakan kasih ILAHI,
yang sentiasa ku ingini,
dalam hidup ini...

ku musafir di perjalanan,
moga diteguhkan sebuah pendirian,
juga seteguh iman,
walau apa jua keadaan,
dalam menuju syurga idaman..

ku seorang musafir hamba,
yang sentiasa mengharap kasihNYA,
dalam dunia yang fana,
tetap mengharap syurgaNYA,,

andai itu takdinya,
ku terima,
moga ada hikmahnya,
segalanya ku serahkan padaNYA..

cukup dulu ku mencoretkan kata-kata hikmah,
kerana mata sudah terasa lemah,
moga apa yang dicoretkan dapat ibrah,
sama-sama kita mujahadah...(^_^)

WASSALAM....




Rabu, 2 Februari 2011

Aspirasi Mujahidah


Alangkah indahnya kulihat,berjalan seorang muslimah mukminah...
dengan wajah yang ditutupi niqab,dia berjalan penuh tawadhu'..
langkahnya iberat seorang pejuang muslimah yang
tenang,yakin,berwibawa,
disebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa,
bukan getaran nafsu,tetapi getaran keinsafan,
untuk mengenali ALLAH dengan lebih dekat,
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan
mengingati yang Esa,
ada seulas bibir yang merah bak delima,
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikirullah,
ada sepasang mata yang redup,yang tercukup terjaga dari
pandangan maksiat.....
setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya
yang lebut dalam tegas....
kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badanya,
yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA..
tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi
senyuman keimanan ,melainkan hikmah ,haq,
serta mutiara-mutiara ukhuwwah..
hanya dengan melihat pada perwatakannya,
sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati
ALLAH,
agar segera berfikir tentangNYA,
SUBAHANALLAH....

Teman HATI


Yang dicari,
walau bukan putera raja,tapi biarlah putera agama
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata,
Yang dinilai,
bukanlah sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani,sempurna hati,
Yang diharap,
bukanlah jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat,
Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam,
Yang dinanti,
bukanlah lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia,
dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha dengan ketetapan ILAHI,
               itulah ketentuan sejak azali....................

Selasa, 1 Februari 2011

Perkara/perbuatan yang membawa kepada PAPA

Assalamualaikum wbt....

Disini ana ingin mencoretkan satu permasalahan yang sering dilakukan oleh kita sebagai manusia biasa yang tidak tidak terlepas daripada membuat khilaf.Perkara yang membawa kepada PAPA adalah perbuatan yang selalu kita terlepas pandang.Ilmu ini ana dapat daripada pengajian Pondok Pasir Tumboh,Kelantan tempoh hari. Sama-sama lah kita cuba sebaik mungkin mengelakkan perbuatan ini.

1. Tidur sambil telanjang.
2.kencing berdiri.
3.makan padahal ia berjunub.
4.makan sambil menyenggeng.
5.bakar kulit bawang merah/putih
6.sapu rumah dengan kain mandir.
7.sapu rumah pada waktu malam.
8.berjalan di hadapan orang tua.
9.duduk atas bendul pintu.
10.bergantung ditengah pintu.
11.berwuduk pada qadak hajat.
12.menjahit pakaian di atas tubuh sendiri.
13.mengeringkan basah2 mukanya dengan kainnya
14.membiarkan sarang labah2 dalam rumah.
15.bermudah-mudah dalam solat.(tidak melakukan yang sunat)
16.bersegera keluar masjid selepas subuh.
17.berpagi2 kepada kedai dan lambat pulang daripadanya.
18.mendoa atas kejahatan anaknya.
19.meninggalkan makanan tidak tertutup.
20.hembus pelita dengan mulut.(sebagaimana yang kita lihat banyak orang yg buat perkara ini apabila menyambut hari jadi )
21.menyurat barang pecah-contonya pen yg pecah dislotep
22.menyisir dengan sisir yang patah.
23.meninggalkan doa dengan kebajikan ibubapanya( tidk mendoakan ibu bapa)
24,pakai seluar sambil berdiri.
25.kedekut(terlalu sayang kepada barang)
26.sangat berjimat.
27.malas.
28.lembab.
29.bermudah-mudah dengan pekerjaan.

Isnin, 31 Januari 2011

MaWaR BeRdURi

MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.


MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.


MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.


MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.


MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.

Ahad, 30 Januari 2011

Cinta Tetamu HATI

Duhai saudara2. Cinta itu di dalam hati, bagaikan kita punyai sebuah rumah. Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu. Ada yang baik dan ada yang buruk. Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan, kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN, diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan. Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku. Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...


Dan ketahuilah duhai saudara-saudaraku. Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmusehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan. Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu, mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu. Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu.


Kau gembira mendengarkannya. Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu. Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui. Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat.


Pintalah sang CINTA itu pulang. Beritahulah kepadanya "Maafkan aku". Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku. Kerana, aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya. Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku, yang Maha Pengasih.


Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku. Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri. Terang dan menerangi. Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku. Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku.


Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......


Duhai saudara-saudara. Sungguh cinta itu indah, namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia. Tetapi bagi pelajar macam kita ???Cinta itu biasanya hanyalah musibah.


Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintai ALLAH ?


Katakanlah wahai saudara-saudaraku. Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku, memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku. Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku. Dan mengukuhkan tulangku. Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku, tutur bicara mulutku.


Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melebihi ALLAH. Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya. Hidup dan matiku. Segalanya untukNya.