JaM

ASSALAMUALAIKUM WBT

CdiQ™

CdiQ™

Jumaat, 4 Februari 2011

Merungkai sebuah KEHIDUPAN



ku dilema cinta ILAHI,
sentiasa mengharap maghfirahMU YA ILAHI,
yang diimpi syurga hakiki,
nanti di ukhrawi...


indahnya hidup sebagai mahasiswa,
tapi jangan lupa banyak cabarannya,
banyak juga dugaannya,
yang penting kena sentiasa berwaspada,
dan letakkan dirilah jalan-jalan taqwa,
...moga kita mendapat rahmatNYA...

kami mahasiswa pendidik,
membentuk diri dengan jiwa terdidik,
bakal menjadi pendidik,
moga anak murid kelak terdidik,
dengan ISLAM agama terdidik..

hidup ini adalah satu perjuangan,
yang tidak berkesudahan,
perlukan banyak kesabaran dan ketabahan,
dalam meniti titian ujian kehidupan,
moga kita semua berada dalam keberkatan..

sehebat manapun taufan melanda,
sentiasalah kita ingat padaNYA,
agar kita sentiasa berada di landasan AD-DINNYA,
dalam mendapatkan redhaNYA..

indahnya hidup bersyariat,
jagalah aurat,
sama-sama menjaga syariat,
moga mendapat berkat..

andai dunia ini tempat persinggahan,
marilah kita banyakkan amalan,
menjadi bekalan,
untuk menuju syurga idaman..

ingatlah seindah perhiasan dunia ialah wanita solehah,
maka,carilah cinta ALLAH,
DIA yang layak memberi hidayah,
taatilah perintah ALLAH,
mari kita sahabatku kita bermujahadah...

dalam meniti titian ujian,
aku mencari sebuah kehidupan,
hidup di dunia sebagai insan pejuang,
membawa ISLAM gemilang..

aku punya cita-cita,
mesti semua orang ada,
semua itu perlu usaha,
istiqamah dalam berdoa padaNYA,
moga tercapai apa yang kita damba...

akan ku lakar sebuah pelangi,
yang selama ini diimpi,
dalam mencari redha ILAHI,
dalam membina baitul muslim nanti....
INSYAALLAH.....

menangislah hari ini,
wadah bagi mencuci hati,
sesungguhnya air mata yang gugur nnti menjadi saksi,
di akhirat nanti..

kehidupan di dunia ini adalah penuh tipu daya,
kecantikannya membuat sesiapa sahaja terpedaya,
seandainya terleka,
maka hanyutlah di bawa di bawa dunia yang fana..

sahabat,tanya diri mu ,
apakah yang kau hendak dalam hidupmu,
tanya imanmu,
jangan kau diam membisu,
kerana ia akan membuat dirimu lesu..

ingatlah duhai sahabat,
seandainya diri mu diuji dengan uijian yang berat,
semua itu ada hikmah yang tersembunyi dan tidak terlihat,
maka,bersabarlah duhai sahabat..

sesungguhnya ujian itu adalah tarbiah dari ALLAH,
hadapilah dengan hati yang tabah,
bicaralah dengan ALLAH dengan kata bermadah,
sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGASIH..

lukisan sebuah kehidupan,
yang penuh cabaran dan dugaan,
menjanjikan sebuah kemenangan,
bagi  hamba-hambaNYA yang menghadapinya dengan penuh kesabaran..

kita hidup hanyalah sementara,
jangan goyah dengan segala harta benda,
yang hanya penuh sia-sia,
yang tidak menjanjikan apa-apa..

sesungguhnya syaitan itu tidak akan berhenti menggoda manusia,
sifatnya tidak kenal erti putus asa,
dalam menyesatkan manusia yang terleka,
maka persiapkanlah sebuah senjata,
iaitu doa...
pintahlah padaNYA ,
moga dijauhkan daripadanya,
agar iman di hati hidup sejahtera..

Sesungguhnya ALLAH akan sentiasa menguji hamba-hambaNYA,
Supaya hambaNYA sentiasa ingat padaNYA,
walau dalam keadaan susah dan payah dalam hidupnya,
ingatlah,janji ALLAH itu pasti ada,
iaitu syurga lah tempatnya ,
bagi hambaNYA yang redha dengan ketentuanNYA
dan ujian yang diberikan kepadanya...

diriku sebagai  mujahidah seri mawar,
ingin sentiasa mekar dalam jiwa yang sabar,
moga diriku tergolong dalam golongan yang benar,
ku akan sentiasa memohon sinar,
moga langkahku sentiasa di jalan yang benar..

ku akui diriku lemah lagi tidak berdaya,
tapi ku takkan berhenti memohon kekuatan dariNYA,
ku memohon rahmatNYA,
agar diriku sentiasa sabar dengan ujianNYA..

sedarlah wahai sahabatku yang ku kasihi,
suatu masa nanti kita akan mati,
dan itu adalah pasti,
maka,mari kita perbaiki diri,
selagi nafas masih diberi,
jangan pernah berhenti,
mengharap kasih ILAHI,
doaku moga-moga hidup kita semua diberkati...
WASSALAM...salam MUJAHADAH... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan