JaM

ASSALAMUALAIKUM WBT

CdiQ™

CdiQ™

Ahad, 30 Januari 2011

kehidupan seorang hamba di perantauan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga ana mewujudkan blog sendiri selama ini hanya baca blog lain saja,tp ana suka ziarah blog sahabat-sahabat banyak artikel yang menarik terutama yang membangkitkan mujahadah diri ana menyukainya..semenjak berhijrah di bumi tanjung malim ini banyak sekali mengajar ana erti sebuah kehidupan,kehidupan yang bagaimana??diriku tertanya2 kehidupan apakah yang ku cari dalam dunia ini....??ku tanya diriku,,ana ni banyak bertanya dengan diri sendiri pelik kan tapi benar.ana sering bermonolog dengan diri sendiri jarang bercakap dengan orang lain lebih banyak mendiamkan diri tapi bila mana ada pendapat yang hendak disuarakan atau ketiadakpuasan hati mulalah hendak berdebat heheh..

zaman persekolahan..
zaman paling indah yang pernah ana lalui adalah sewaktu zaman STPM..kadang2 lucu jugak bila dimbas kembali ada manis dan pahitnya..yang paling manis ana mengenali seorang sahabat yang bernama Andi Sainab.masa 6 Rendah entah kenapa ana hendak sangat mengenalinya,tp hanya senyum dari jauh tp macam terasa hati ini begitu dekat..ana bertanya dia kah sahabatku yang ku cari2 selama ini??tp ana tak berputus asa, alhamdulillah naik 6 atas kami mula berhubung dan hubungan persahabatan ini semakin erat seumpama ,hubungan adik beradik sehingga ana sanggup pergi rumahnya di Lung Manis,amat sukar juga mau pergi rumah sahabatku ni sebab jalan kelapa sawit  alhamdulillah mujur ada ayah tersayang bawa lori minyak ambil minyak di sana dan ayahku begitu gembira bila mana ana dapat seorang sahabat yang baik sepertinya,hampir setiap masalahku ana bagitaunya dan dia menjadi guru kaunseling dalam hidupku semasa STPM..kami berjanjikan belajar bersungguh-bersungguh supaya dapat masuk universiti bersama-sama,belajar bersama2 walaupun berlainan aliran mata pelajaran dia ambil sastera ana pula ambil aliran ekonomi memang jauh beza tapi bukan penghalang untuk kami belajar bersama-sama..bila mana ana menghadapi masalah entahlah mudah menangis dan dia lah yang memberi kata2 semangat..ana lebih banyak meluahkan perasaan bersama-sama sahabat,kalau ada saja masalah macam tak boleh disimpan mau jugak dibagitau baru boleh rasa lega sikit..

STPM tak lama lagi mula,kami semakin push usaha sering tinggal di libry study tapi kadang2 tertidur jugak heheh biasalah nyaman kan ada aircond.oleh kerana ana dilantik sebagai setiausaha perpustakaan elopura mulalah la berminat pergi libry mau dikatakan hari-hari...buat kerja-kerja sekolah melayan perasaan di situ lah tempatnya mudahnya saja kalau sahabat nak cari ana di libry..(^_^)..

Bila teringat masa 6 rendah sedih jugak takut sangat tak mampu bawa subjek STPM kata kawan2 susah..tapi ana tidak sesekali berputus asa tetap tabah..yang paling sedih result SPM ok dapat 5A tapi apa yang ana mau tak dapat ana mohon matrik,diploma semua tak dapat banyak kali ana membuat perhitungan solat istiqarah akhirnya ALLAH memberi petunjuk..ana akan ambil STPM..ana suka cabar diri ini..bila mana ana tengok senarai pelajar cemerlang setiap tahun di dinding dewan terasa  mau jugak ada nama ana d situ..hinggalah lalu saja di tepi dewan berfikirlah andai saja namaku terpampang di situ HARIANTI HAKIM PELAJAR CEMERLANG STPM 2009 oh indahnya pasti ibu ayahku gembira..ana cabar diri ana mesti capai hasrat dihati ini,ana stdy sungguh2,bila keluar result exam ana dapat no 1 di kelas alangkah gembiranya..hatiku berbisik yah ini permulaannya ana mesti push lagi..hinggalah selalu jak pergi bilik guru rehatkah atau tidak macam jadi guru pulak hehe biasalah cita-cita hendak menjadi seorang pendidik mesti selalu dekat dekat dengan guru2 lagi satu cari keberkatan...keberkatan itu penting dalam menuntut ilmu..

Hinggalah semakin dekat exam STPM..biasalah ambil sejarah terpaksa mengarang esei sampai 15 muka surat sampai bengkak bah tangan heheh..tapi ana tak peduli biarlah dengan tangan kanan ana ini dapat memberikan kegembiraan suatu hari ini..hingga cikgu tak faham apa yang ana tulis serabut macam tulisan doktor sudah banyak kali ditegur oleh cikgu perbaiki tulisan cikgu tak faham bersambung2 kadang-kadang ana pun tak faham apa yang ana tulis betul2 tak faham sehinnggalah ana suruh kawan ana baca aik pelik boleh pulak dorang faham heheh pelik kan tapi benar...ana betul2 tersedar kadang2 ana tak faham tulisan sendiri apa lagi hati ini kadang2 sukar jugak dimengerti..bila mana kawan2 kadang2 tak hiraukan ana mulalah air mata menitis ..menitis dan menitis..hingga ana suka bersendirian belajar pun sendirian...balik rumah penat,penat otak,penat fizikal..betul2 lemah tapi mujurlah ana punya seorang ibu yang baik begitu memahami ayah yang tidak henti2 bagi nasihat alhamdulillah dapat mengembalikan kekuatan diri...ayahku berkata.."nak kau lah kebanggaan bapak nak jangan hampakan bapak,bapak harap sangat kamu semua dapat masuk universiti,kalau orang boleh mesti kamu boleh jugak" mau menitis air mata tapi ditahan jak ana tak suka menzahirkan air mata depan sesiapapun biarlah kalau ana menangis sendiri..kadang2 ayahku tak punya wang untuk bagi duit belanja ke sekolah tapi mujurlah ana suka menabung dengan tabung itulah ana korek untuk tambang pergi sekolah..kalau ada dibagi duit rm2 seringgit tuk tambang pulang balik seringgit lagi ana save tuk tabung biarlah tak makan pagi kan sdh sarapan alhamdulillah dapat tahan jugak semata-mata tuk save tabung...hinggalah pada suatu hari ana cakap dengan ayah berhasrat mau tinnggal di asrama sebab semua free makan free tinggal pun free kan hehe siapa yang tidak suka..ana buat macam tu semata-mata tidak mau membebankan ayah dan ibuku bagi duit belanja terus da yang paling penting mau hidup berdikari sebelum masuk universiti..tapi hasrat ana hampa ayah tak benarkan ayah takut ana tak dapat sesuaikan diri maklumkan anak manja kalau sakit mana mau makan ubat mau dipaksa baru mau makan alahai duhai diri..hinggalah 6 bulan sebelum STPM setiap bulan pergi hospital kerana demam selalu lewat tidur study,pergi hospital doktor bagi ubat bukan dimakan dibikin perhiasan jak di meja belajar hehe..hinggalah suatu hari sakit lagi,masa tu betul2 tak kuat hingga ayah menyuapkan ubat aduhai manjanya mau menitis air mata bila mana tangan kanan seorang ayah menyuapkan ubat..bertapa kasihnya ayah dan ibuku pada ku,,ana tak mau menghampakan harapan ibu ayahku......

ALHAMDULILLAH..2 bulan sebelum STPM ana memujuk lagi tuk tinggal asrama,ana berdoa moga2 ayahku benarkan hasratku..akhirnya ayahku benarkan gembiranya akhirnya ana dapat hidup berdikari..tp dalam masa yang sama ana berfikir siapa yang mau bantu mak di rumah ,jaga adik2,,hinggalah ana menangis lagi ana tak sampai hati..hinggalah ana memberanikan diri jumpa guru kaunseling..oleh kerana guru kaunseling tu lelaki maka ana bawa sahabat ana juga bersama dia pun faham masalah ana..guru kaunseling itu bagitau ana kita kena pentingkan diri dulu untuk mencapai kejayaan dia sokong ana tinggal asrama sebab perlu luangkan banyak masa study di sekolah perlu masa tuk sama2 kawan study group bukan lama hanya 2 bulan saja..akhirnya ana belajar buat keputusan sendiri ana akan tinggal asrama oleh kerana sudah mendapat 'lampu hijau' dari ayah..terima kasih ayah dan ibu engkaulah yang telah mendidik jiwa ni supaya selalu sabar...


universiti pentarbiyyahan syuhadah islam:   ujian kehidupan..

akhirnya ana mendapat apa yang dihasrat setelah mencabar diri ini akhirnya ana mendapat pengiktirafan pelajar cemerlang STPM 2009..bertapa ku syukuri nikmatmu YA ALLAH engkau yang mengurniakan semua kejayaan ini...ayahku dan ibu tersenyum, begitu mahal senyuman ayahku sehingga ana mencabar diri ini semata2 hendak buat ayah dan ibu ku senang hati ana ingin menjadi anak solehah yang selalu menggembirakan hati mereka ..bila mana bercakap mengenai ibu bapa pilu rasa hati bertapa sayang nya mereka terhadap kita..tp begitu malang terdapat segelintir manusia sanggup menyakiti ibu bapa mereka bertapa ruginya perbuatan itu apa mereka tidak fikir tentang azab ALLAH  derhaka kepada orang tua tempatnya adalah di neraka jahannam..

akhirnya ana mendapat tawaran belajar di UPSI iaitu tempat yang mengajar mahasiswa menjadi mahasiswa pendidik,pendidik kepada diri dan masyarakat kelak lebih2 lagi pendidik untuk membina baitul muslim nnati insyaALLAH..semester 1 ni ana masih tak percaya sebenarnya ana sdh berada di luar sabah masih tak percaya ana dapat masuk U pelikkan tapi benar hehe..banyak cabaran hidup d U ni sebenarnya banyak likunya apa lagi kita kena belajar buat keputusan sendiri dan adan pro dan kontra nya apanya kita buat tu...keluar PTPTN  benda yang pertama ana beli adalah laptop alhamdulillah,tgk semua kawan dulu semua ada laptop teringin rasanya nak ada laptop jugak,dulu kawan2 semua sibuk cakap pasal facebook la freinster la,ana tak faham apa dorang cakap ana masih tak kenal apa tu facebook masuk U baru tau facebook tu apa rupanya laman sosial heheh..macam buta IT bah dulu tak tau apa2 mengenai internet ini apa tidak depan buku jak mgkin buku tu pun bosan tengok ana hehe...lama sdh ana mau laptop bila dapat no 1 jak ana teringin mau bagitau ayahku belikan laptop tapi ana tak sampai hati ana tau ayah tak mampu tp ana bersabar bila masuk U nnti ana beli lah pujuk hatiku ni..

D UPSI ini ana dapat belajar banyak perkara, apa lagi bila bergelar rakan surau."rakan surau" ana berfikir ini juga kekuatan ana banyak aktiviti surau dilaksanakan alhamdulillah hampir semua aktiviti surau ana dapat mengikutinya menghadiri majlis ilmu pengisian rohani ana bersyukur masih berada di landasan AD-DIN NYA..teringat kata2 cikigu ekonomi masa sekolah hari tu,cikgu cakap banyak orang yang bila masuk U ni akan berubah sebab bebas kan tudung labuh jadi tak bertudung,terlibat dengan benda yang tak baik la..ana begitu takut ana tak mahu seperti itu biarlah tudung labuh yang ana pakai ni jadi mahkota diriku tidak akan berubah walau ujian apa pun melanda tetap dengan pendirian yang teguh ini insyaALLAH....bila mana hati sdh dekat dengan surau mulalah ingin rasanya mengajak kawan turun d surau dengar majlis2 ilmu tapi kebanyakan yang diajak memberikan seribu alasan..erm memang tak boleh dipaksa pun hendaklah dengan kerelaan hati masing2 kan takut juga menyinggung perasaan mereka susah betul mau jaga perasaan orang ni kan tapi perasaan sendiri?? sendiri jawablah..tapi ana akan sentiasa mengajak kawan2 ke surau, ajak dan terus ajak..,,

CINTA...

carilah cinta ALLAH nescaya ALLAH akan mempertemukan kita dengan pemilik yang terbaik....tapi walaubagaimanapun ana hanya mampu berdoa dan terus berdoa hanya kerana kita hamba minta la hasrat apa yang diiginkan kepada pemilik rasa kecintaan yakni ALLAH ,yakinlah pada janji2 ALLAH...hanya cinta ALLAH dan kasih ALLAH yang ku dambakan.. tp kita ni manusia biasa tiada yang sempurna kadang2 sering tewas jugak tapi ana akan cuba bangkitkan mujahadah diri ini mengharap magfirah dan keampunan ALLAH...."mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"bukan mudah mendapat cinta ALLAH perlukan pengorbanan hingga menagih air mata keinsafan.....duhai diri mengertilah sudah tertulis di loh mahfuz berkaitan jodohmu,,bersabarlah tetapkan hatimu dengan iman yang teguh.....mujahahadah dirimu....................wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan