Assalamualaikum wbt.....
apa khabar iman kita hari ini?? penulisan kali ini ana nak kongsikan sesuatu yang boleh sama-sama kita ambil pengajaran dalam melayari kehidupan ini....insyaALLAH..
Kesaksian iblis daripada Muaz Bin Jabal bin Ibnu Abbas
“Sewaktu para sahabat sedang bersama Rasulullah S.A.W di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, “ Wahai penghuni rumah bolehkah aku masuk?Sebab kalian memerlukan aku!
Rasulullah berkata, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”Sahabat menjawab, “ALLAH dan RasulNYA yang lebih tahu”. Beliau melanjutkan, “itu iblis, laknat ALLAH bersamanya”.
Umar Al-Khattab berkata, “izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah”. Nabi menahannya. “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu ALLAH memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak dia katakan dan dengarkan dengan baik”.
Ibnu Abbas berkata, “lalu pintu dibuka, ternyata dia seorang lelaki yang cacat sebelah matanya. Pada janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir lembu.” Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin.”. Rasulullah menjawab, “ Salam hanya milik ALLAH. Sebagai makhluk terlaknat apa keperluanmu?” Iblis menjawab, “ Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.” “Siapa yang memaksamu?” Seorang malaikat utusan ALLAH mendatangiku dan berkata. “ ALLAH memerintahkanmu bagi mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri.”
“Beritahu Muhammad tentang caramu menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran ALLAH, andai kamu berdusta satu kali sahaja, maka ALLAH akan jadikan dirimu debu yabg ditiup angin.”
“Oleh kerana itu, aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kamu tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”
Orang yang dibenci Iblis
Rasulullah bertanya kepada Iblis, “ Jika kamu benar jujur, siapakah manusia yang paling kamu benci?”
Iblis segera menjawab, “ Kamu... kamu dan orang sepertimu adalah makhluk ALLAH yang palin aku benci.”
“Siapa selanjutnya?” tanya Rasulullah.
“Pemuda yang bertaqwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada ALLAH.”
“Lalu siapa lagi?”
“Orang alim dan warak.”
“Lalu siapa lagi?”
“ Orang yang selalu bersuci.”
“Siapa lagi?”
“ Seorang fakir yang sabar dan pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain.”
“Apa tanda kesabarannya?”
“ Wahai Muhammad , jika ia mengeluh kesulitannya kepada orang lain selama tiga hari, ALLAH akan memberi pahala orang-orang yang bersabar.”
“Selanjutnya apa?”
“ Orang kaya yang bersyukur.”
“ Apa tanda kesyukurannya?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya.”
“Orang seperti Abu Bakar apa menurutmu?”
“Dia tidak pernah menurutiku pada masa jahiliah, apalagi dalam Islam.”
“ Umar Al-Khattab?”
“Demi ALLAH setiap kali berjumpa dengannya, aku pasti malu!”
“Usman Bin Affan?”
“Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”
“ Ali bin Abi Talib?”
“ Aku berharap daripadanya supaya kepalaku selamat dan berharap dia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi dia tidak akan mahu melakukan itu.”( Ali Bin Abi Thalib selalu berzikir kepada ALLAH)
Amalan yang dapat menyakiti Iblis
“ Apa yang kamu rasakan jika kamu melihat seseorang daripada umatku yang mahu solat?”
“Aku merasa panas dingin dan gementar.”
“Kenapa?”
“ Sebab, setiap seorang hamba bersujud sekali kepada ALLAH , ALLAH akan mengangkatnya satu darjat.”
“Jika seseorang umatku berpuasa?”
“Tubuhku terasa terikat sehingga ia berbuka.”
“Jika ia berhaji?”
“Aku seperti orang gila.”
“Jika ia membaca al-quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.”
“Jika ia bersedekah?”
“ Itu sama sahaja orang itu membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa begitu?”
“Sebab, dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhindar daripada dirinya.”
“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
“Suara kuda perang di jalan ALLAH.”
“ Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
“Taubat orang yang bertaubat.”
“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar pada siang dan malam.”
“ Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
“Sedekah yang diam-diam.”
“Apa yang dapat menusuk matamu?”
“Solat Fajar.”
“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Solat berjemaah.”
“Apa yang paling mengganggumu?”
“Majlis para Ulama.”
“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”
“Di manakah kamu menaungi anak-anakmu pada musim panas?”
“Di bawah kuku manusia.”
Manusia yang menjadi teman Iblis
Nabi Muhammad bertanya, “ Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba.”
“Siapa sahabatmu?”
“Penzina.”
“ Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk.”
“ Siapa tamumu.”
“Pencuri.”
“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir.”
“Apa yang membuatmu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai.”
“Siapa kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan solat Jumaat.”
“Siapa manusia yang membahagiakanmu?”
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”
Iblis berdaya di hadapan orang yang ikhlas.
Rasulullah berkata segala puji bagi ALLAH yang membahagiakan umatku dan menyengsarakan umatmu!
Iblis segera menimpali, “Tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kamu berbahagia dengan umatmu, sementara aku dapat masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak dapat melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga ke akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan salih, kecuali hamba yang ikhlas.”
“ Siapa orang yang ikhlas menurutmu?”
“Tidakkah kamu tahu wahai Muhammad barang siapa yang menyukai emas dan perak , dia bukanlah orang yang ikhlas . Jika kamu melihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham , tidak suka pujian dan sanjungan , aku pasti dia orang yang ikhlas , maka aku meninggalkannya. Selama seseorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan. Hatinya selalu terikat dengan dengan kesenangan dunia , dia sangat patuh kepadaku.”
Iblis dibantu oeh 70,000 anak-anaknya.
“ Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak. Dan setiap anak mempunyai 70,000 syaitan. . Sebahagian ada yang aku tugaskan bagi mengganggu ulamak. Sebahagian bagi mengganggu anak-anak muda, sebahagian bagi mengganggu orang- orang tua, sebahagian bagi mengganggu wanita-wanita tua dan sebahagian anak-anakku juga kau tugaskan kepada para zahid.
Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehinggakan mereka tertidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah. Aku punya anak yang suka menabur sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus. Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia.Jika seseorang melakukan kebajikan lalu dia ceritakan kepada manusia , maka 99 peratusnya pahalanya akan terhapus. Pada setiap wanita yang berjalan , anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya supaya setiap orang memandanginya.
Syaitan juga berkata, “Keluarkan tanganmu” lalu dia mengeluarkan tangannya. Syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka anak-anakku selalu menyusup dan berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain , dari satu pintu ke pintu yang lain bagi menggoda manusia sehinggakan mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah ALLAH tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa. Tahukah kamu Muhammad ada ratib yang beribadat kepada ALLAH selama 70 tahun . Setiap orang yang sakit didoakannya sembuh seketika. Aku terus menggodanya sehingga dia berzina , membunuh dan kufur.
Cara Iblis menggoda
Tahukah kamu Muhammad, dusta berasal daripada diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta . Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta , dia kekasihku . Tahukah kamu Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama ALLAH bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Gosip dan adu domba adalah kesenanganku. Kesaksian palsu adalah kegembiraanku.
Orang yang bersumpah bagi menceraikan isterinya , dia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barangsiapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya haram baginya. Kemudian dia akan beranak cucu hingga ke hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan dia masuk neraka hanya kerana satu kalimat iaitu cerai.
Wahai Muhammad umatmu ada yang suka mengambil lewa tentang solat . Setiap kali dia berdiri untuk solat , aku bisikkan padanya waktu masih lama , kamu masih sibuk, lalu dia menundanya sehingga dia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkan ke mukanya.
Jika dia berhasil mengalahkanku aku biarkan dia solat. Namun, aku bisikkan ke telinganya supaya lihat kiri dan kananmu, dia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan aku cium keningnya serta aku katakan solatmu tidak sah. Bukankah kamu tahu Muhammad , oarng yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.
Jika dia solat bersendirian aku suruh dia solat dalam keadaan yang bergegas . Dia pun solat seperti ayam sedang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjemaah , aku ikat lehernya dengan tali sehingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu boleh membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai.
Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika dia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan dia pun semakin taat kepadaku.
Kebahagian apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, “Kamu tidak wajib solat , solat hanya wajib untuk orang yang bercukupan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak diwajibkan solat. Jika kehidupanmu berubah barulah kamu solat.”. Dia pun mati dalam keadaan kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat , maka ALLAH akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta ALLAH kan menjadikanku debu. Wahai Muhammad apakah kamu akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan satu per enam mereka daripada Islam?”
10 permintaan Iblis kepada ALLAH
“Berapa yang kamu minta kepada Tuhanmu?”
“10 perkara.”
“ Apa dia?”
“ Aku minta supaya ALLAH membiarkanku berbahagi harta dan anak manusia, ALLAH mengizinkan . ALLAH berkata, “ Berbahagialah dengan manusia dalam harta dan anak . Dan janjikankanlah mereka , tidaklah janji syaitan kecuali hanya tipu daya.”( Surah Al- Israj ayat 64)
Harta yang dizakatkan , aku makan daripadanya. Aku juga makan daripada makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan daripada makanan yang tidak dibacakan nama ALLAH.
Aku minta supaya ALLAH membiarkanku ikut bersama dengan orang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan ALLAH. Maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta supaya boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan bagi tujuan yang halal. Aku minta supaya menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.
Aku minta supaya menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta supaya menjadikan syair sebagai Al-Quranku. Aku minta supaya menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku. Aku minta supaya ALLAH memberikanku saudara, maka Dia jadikan orang yang membelanjakan harta bagi tujuan maksiat sebagai saudaraku. ALLAH berkata, “ Orang-orang yang boros adalah saudara syaitan.( Surah Al-Israj ayat 27)
Wahai Muhammad, aku minta supaya ALLAH membuatkan aku dapat melihat manusia sementara mereka tidak dapat melihat aku. Dan aku minta supaya ALLAH memberiku kemampuan bagi mengalir dalam aliran darah manusia. ALLAH menjawab, “Silakan”. Aku bangga dengan hal itu sehingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku pada hari kiamat.
Iblis berkata, “ Wahai Muhammad,aku tidak mampu menyesatkan oarng sedikit pun, aku hanya mampu membisikkan dan menggoda.
Jika aku mampu menyesatkan, tidak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak mampu memberi hidayah sedikit pun, kamu hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kamu boleh memberikan petunjuk , tidaak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kamu hanya boleh menjadi penyebab untuk orang sudah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah oarng yang ditulis bahagia sejak dalam perut ibunya.
Rasulullah membaca ayat yang bermaksud, “ Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh ALLAH.”( Surah Hud ayat 118-119)
Beliau juga membaca ayat yang bermaksud , “ Sesungguhnya ketentuan ALLAH pasti berlaku.”(Surah Al-Azhab ayat 38)
Iblis pun berkata, “Wahai Rasulullah , takdir sudah ditentukan dan pena takdir sudah kering. Maha suci ALLAH yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga dan yang menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini pesan akhir yang mahu aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan